Kursus Sistem Moves Komuniti Sihat, Pembina Negara (Kospen)
19 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 18 Julai 2018, Pihak Pejabat Kesihatan telah mengadakan Kursus Sistem Moves Komuniti Sihat, Pembina Negara (KOSPEN) di Pusat Internet Kg Luak. Seramai 3 peserta telah mengikuti kursus tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan sistem MOVES KOSPEN, penguncian masuk data saringan kesihatan KOSPEN, penguncian masuk data intervensi persekitaran KOSPEN dan sesi soal jawap.
Selain itu juga, pendedahan dan langkah – langkah untuk mengambil data BMI dan ujian saringan turut dijalankan untuk memudahkan peserta memahami dan bersedia bila diperlukan nanti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: